-->

Peperiksaan Subjek Jabatan KKM merupakan salah satu syarat bagi pengesahan perkhidmatan. Peperiksaan ini perlu diduduki oleh pegawai lantikan baharu (telah dilantik) dalam tempoh satu hingga tiga tahun.

Maklumat peperiksaan bagi skim-skim perkhidmatan yang disyaratkan untuk menduduki Peperiksaan Subjek Jabatan KKM adalah seperti berikut:

MAKLUMAT PEPERIKSAAN SUBJEK JABATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Bil Skim Perkhidmatan Peperiksaan Subjek Umum* Peperiksaan Subjek Jabatan KKM
 1. Pegawai Psikologi (Umum/Kaunseling) Gred S41 Bahagian A dan B Bahagian C
 2. Pegawai Psikologi (Klinikal) Gred S41 Bahagian A dan B Bahagian C
 3. Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pegawai Kerja Sosial) Gred S41 Bahagian A dan B Bahagian C dan D
 4. Pegawai Penyediaan Makanan Gred C41 Bahagian A dan B Bahagian C
 5. Penolong Jurutera (Awam) Gred JA29 Bahagian A Bahagian B
 6. Penolong Jurutera (Elektrikal) Gred JA29 Bahagian A Bahagian B
 7. Penolong Jurutera (Mekanikal) Gred JA29 Bahagian A Bahagian B
 8. Penolong Jurutera (Elektronik) Gred JA29 Bahagian A Bahagian B
 9. Penolong Pegawai Sains Gred C29 Bahagian A dan B Bahagian C
 10. Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29 Bahagian A dan B Bahagian C
 11. Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C29 Bahagian A dan B Bahagian C(i) dan (ii)
 12. Penolong Pegawai Psikologi Gred S29 Bahagian A dan B Bahagian C
 13. Penolong Pengurus Asrama Gred N29 Bahagian A dan B Bahagian C
 14. Juruteknik Perubatan (Prostetik/Ortotik) Gred U19 Bahagian A Bahagian B
 15. Juruteknik Perubatan (Bilik Acuan) Gred U19 Bahagian A Bahagian B
 16. Penyelia Asrama Gred N19 Bahagian A Bahagian B
 17. Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 Bahagian A Bahagian B

*Berdasarkan Sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Awam yang dilaksanakan oleh Seksyen Penilaian Kompetensi, Jabatan Perkhidmatan Awam (1 Januari 2017).

Segala urusan Peperiksaan Subjek Jabatan KKM adalah melalui Sistem ORES (http://ores.moh.gov.my) (mulai daripada permohonan sehingga pengeluaran keputusan peperiksaan).

Bagi pegawai daripada jabatan selain KKM (calon tumpangan), pegawai dibenarkan menduduki Peperiksaan Subjek Jabatan KKM DENGAN SYARAT Sukatan Peperiksaan Subjek Jabatan KKM adalah SELARAS dengan keperluan skim perkhidmatan dan bidang tugas pegawai di jabatan.

 

WARNA

SAIZ TEKS

-A A A+